WARGA GURU DAN PPM

Wednesday, March 25, 2009

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
”Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara”

VISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

MISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid dengan berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

OBJEKTIF
· Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid dengan keperluan khas
· Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
· Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
· Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
· Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.

Pendahuluan
Program Pendidikan Khas Intergrasi ( PPKI ) Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh yang dahulunya dikenali sebagai Program Khas Bermasalah Pembelajaran ( PKBP ) telah mula dibuka pada 25 Januari 1999 dengan penyelarasnya En. Che Azhar b. Che Ismail. Bermula dengan bilangan murid seramai 8 orang, dengan seorang guru pembantu, sebuah bilik darjah dan tanpa kemudahan dan peralatan khas untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran.

Kini PPKI telah mempunyai 32 orang murid dan 2 bilik darjah serta bilangan guru seramai 8 orang dan seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas. Semuanya mendapat latihan Pendidikan Khas samada Kursus Dalam Perkhidmatan, Diploma Pendidikan Khas dan juga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas. Terdapat kemudahan pengajaran dan pembelajaran seperti Komputer, LCD, audio dan visual, kit pembelajaran, alatan sukan, kemudahan terapi dan sebagainya.

Secara keseluruhannya pentadbiran kelas ini adalah di bawah pentadbiran Guru Besar dan dibantu oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas serta Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Semua murid mestilah berdaftar di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh atau membuat pemindahan pendaftaran sekiranya berdaftar di sekolah yang lain. Murid-murid perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan membuka akaun Bank Simpanan Nasional untuk mendapatkan Elaun Khas Murid ( EKM ) sejumlah RM150.00 sebulan yang disalurkan terus ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional.

Masa persekolahan dari jam 7.45 pagi hingga 12.15 tengahari, sementara bilangan hari belajar dan uniform sekolah adalah sama seperti kelas harian biasa.

SYARAT-SYARAT :

i. Syarat Am :
- murid mestilah berumur di antara 7 hingga 13 tahun
- berdaftar atau telah pindah pendaftaran ke Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh
- ada kekosongan ( mengikut bilangan murid semasa )

ii. Syarat Khusus :
- boleh berkomunikasi / memahami arahan
- boleh berkomunikasi secara lisan atau perlakuan ketika hendak membuang air ( besar / kecil )
- tidak dikategorikan sebagai bermasalah pendengaran / masalah penglihatan ( disahkan oleh Pegawai Perubatan / Doktor )
- tidak memerlukan bantuan kerusi roda
- mendapat pengesahan pemeriksaan daripada pegawai perubatan ( borang biodata kanak-kanak dengan keperluan khas )
- mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri ( Unit Pendidikan Khas ) dan,
- lulus ujian kemasukan yang diberikan oleh pihak sekolah ( PPKI )

JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI

PENGERUSI : Tn. Hj. Mohamed Rohim b. Mohamed ( Guru Besar )

TIMB. PENGERUSI : En. Mohd. Zakiman b. Abdul Kadir ( Pen. Kanan Pend. Khas )

NAIB PENGERUSI : Pn. Che Rahimah bt. Rashid ( Pen. Kanan Pentadbiran )
En. Mohd. Asri b. Omar ( Pen. Kanan Hal Ehwal Murid )
En. Che Hassin b. Isa ( Pen. Kanan Ko-Kurikulum )


SETIAUSAHA : Pn. Rossuhaila bt. Abdullah ( Guru Pendidikan Khas )

P. SETIAUSAHA : Pn. Maslina bt. Adam ( Guru Pendidikan Khas )

BENDAHARI : Pn. Zawanah bt. Hj. Junoh ( Guru Pendidikan Khas )

AHLI JAWATANKUASA :

Pn. Susani bt. Johari ( Guru Pendidikan Khas )
Pn. Yuni Fazilawati bt. Md. Yusof ( Guru Pendidikan Khas )
Pn. Noor Hanan bt. Yaakub ( Guru Pendidikan Khas )
Pn. Nor Akma bt. Ab. Kadir ( GSTT/KDP )
Cik Nur Shazwin bt. Razmi ( GSTT/KDP )
Cik Faridah Hanun bt. Mohd. Ariffin ( GSTT/KDP )
Pn. Nor Hapizah bt. Othman ( Guru Pemulihan Khas )
Pn. Hjh. Hafsah bt. Idris ( Guru Bimbingan dan Kaunseling )
Pn. Noorhashimah bt. Ismail ( Setiausaha Kurikulum )
En. Zakaria b. Seman ( Setiausaha Hal Ehwal Murid )
Pn. Mastura bt. Mohamad ( Setiausaha Ko-Kurikulum )




JAWATANKUASA PENGURUSAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI ( PPKI )

Pengerusi : Tn. Hj. Mohamed Rohim b. Mohamed

Timb. Pengerusi : En. Mohd. Zakiman b. Abdul Kadir

Naib Pengerusi : Pn. Che Rahimah bt. Rashid
En. Mohd. Asri b. Omar
En. Che Hassin b. Isa
Setiausaha : Cik Rossuhaila bt. Abdullah
P/Setiausaha : Pn. Maslina bt. Adam
Bendahari : Pn. Zawanah bt. Hj. Junoh

Pentadbiran
Guru Data : Cik Rossuhaila bt. Abdullah
Buku Pengurusan Pend. Khas : Pn. Yuni Fazilawati bt. Md Yusof
Stok Iventori dan Harta Modal : Pn. Noor Hanan bt. Yaakub
Jadual Waktu : Pn. Zawanah bt. Hj. Junoh

Kurikulum
Bahan Bantu Mengajar (BBM ) : Pn. Zawanah bt. Hj. Junoh
Audio & Visual : Pn. Yuni Fazilawati bt. Md. Yusof
Taman Sumber Pend. Khas : Pn. Noor Hanan bt. Yaakub
Penyelaras Mata Pelajaran : Pn. Susani bt. Johari
RPI : Pn. Maslina bt. Adam

Hal Ehwal Murid
Pendaftaran : Pn. Susani bt. Johari
Kebajikan dan Tabungan : Pn. Yuni Fazilawati bt. Md. Yusof
Lawatan dan Rekreasi : Pn. Susani bt. Johari
EKM dan KWAPM : Cik Rossuhaila bt. Abdullah
Disiplin dan Tingkahlaku : Pn. Maslina bt. Adam
Kesihatan dan Keceriaan : Pn. Zawanah bt. Hj. Junoh
Keselamatan dan Kebakaran : Pn. Noor Hanan bt. Yaakub

Ko-Kurikulum
Terapi Murid : Pn. Maslina bt. Adam
Olahraga : Pn. Yuni Fazilawati bt. Md. Yusof
Permainan : Pn. Susani bt. Johari
Sukaneka : Pn. Noor Hanan bt. Yaakub
Ternakan dan Berkebun : Pembantu Pengurusan Murid
Seni Visual : Cik Rossuhaila bt. Abdullah
Berbasikal / Berkuda : Pn. Maslina bt. Adam

Pemulihan Khas : Pn. Norhapizah bt. Othman

























2 comments:

  1. tambah la post. sama2 semarakan blog PPKI

    lawati kami di www.anakkhas.com / http://anakkhas.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete

AKTIVITI - Pelbagai

BELAJAR KOMPUTER

PROGRAM TERAPI FIZIKAL- Di Taman Tg. Anis

PROGRAM LAWATAN MOTIVASI- Ke Terengganu

TERAPI TAMAN - Di Majlis Daerah Ketereh